Tuesday, February 9, 2010

setitis rasa di hati,selaut dicanang bicara..

sedetik waktu berlalu,menyingkap kenangan dulu..
seminit kita berlagu,masih ada yang terus menunggu..
sehari kita bertemu,rupanya kita masih di situ..

detik berganti minit,minit berganti hari..
bila hati tercuit,baru tergerak menulis di sini..

bukan cetusan hati ke hati,
cuma bingkisan pedoman sendiri...

salam diusul pemula kalimah,
maaf andai terasa direndah..

Dunia kita masa kini,
masing-masing buat hal sendiri,
hendak disapa pun berat hati,
apatah lagi berbicara begini..

Dunia kita masa kini,
material dinilai tersangat tinggi,
orang lain berpeluh hari-hari,
kita dok lepak hujung bulan tunggu gaji..

Dunia kita masa kini,
masih ada insan begini,
kais pagi makan pagi,
kita melihat jarang nak bagi..

Dunia kita masa kini,
sibuk gaduh sana sini,
konon nak jaga bangsa sendiri,
anak bini pun dah tak peduli..

Dunia kita masa kini,
teknologi diusung ke sana ke mari,
hidup santai konon harmoni,
yang KAT ATAS dok tunggu HARI..

Dunia kita masa kini,
masih banyak perlu diteliti,
bukan hidup setakat ini,
banyak yang lompong dalam diri..

Dunia kita masa kini,
umpama si buta berjalan sendiri,
jangan angkuh nak angkat diri,
kita tak boleh jalan sendiri..

berakhir sudah sebuah kalam,
yang betul DIA yang salah dari dalam,
sebelum mengundur mengukir salam,
dunia kita masa kini?wallahualam.

2 comments:

Izni MS said...

izni likes this;)

ardy said...

boleh jugak like kat sini ek?kat fb ader gak note nih la..check it out.